LATAR BELAKANG
MASYARAKAT MELAYU SARIBAS
DEBAK,
SARAWAK
Masyarakat Melayu Saribas mendirikan pertempatan di sepanjang Sungai Saribas. Terdapat banyak perkampungan dan pekan kecil  Melayu di sepanjang sungai ini yang akhirnya membentuk satu komuniti Melayu yang mempunyai identiti tersendiri. Paling ulu ialah pekan Betong diikuti Seruai , Kpg Supa , Pekan Pusa dan Pekan Beladin dan Semarang sementara itu  Kampung Babu, Kampung Debak Laut dan Kampung Dit terletak di sepanjang sungai Rimbas iaitu anak sungai Saribas. Setiap kampung terbahagi kepada kampung ulu dan kampung hilir.

    Pusat tumpuan masyarakat Melayu Saribas ialah Pekan Betong, Pusa , Baladin dan Semarang  yang terletak di tengah-tengah kawasan komuniti ini di ssesuatu tempat

    Pekan Debak terletak di dalam daerah Betong, Bahagian Sri Aman (Simanggang), Sarawak. Debak terletak kira-kira 300 km dari Bandaraya Kuching dan 100 km dari Bandar Sri Aman di negeri Sarawak.
Debak dapat dihubungi melalui jalan darat kerana pekan ini terletak 6 km dari persimpangan Lebuhraya Borneo. Jalanraya di sini sudah berturap.

    Pendidikan masyarakat Melayu Saribas bermula dengan pendidikan tidak formal. Anak-anak sebelum memasuki alam persekolahan diajar adat resam seperti menghormati orang tua dan jiran, bertutur dan mengaji al-Quran. Pendidikan formal bermula dari peringkat tadika. Setiap kampung disediakan bangunan tadika Kemas bagi memudahkan anak-anak pra-sekolah mempelajari kemahiran asas 3M.

   

   

   Masyarakat ini menganut agama Islam. . Di masjid dan surau  masyarakat Melayu Saribas menjalankan sembahyang berjamaah, belajar agama dan mengadakan aktiviti sosial. Walaupun Islam bertapak kuat di sini, namun kepercayaan lama masih kuat diamalkan terutamanya oleh generasi tua.

    Dari segi fizikal, masyarakat Melayu Saribas memiliki tubuh badan yang tegap dan sasa. Keadaan ini berpunca daripada jenis pekerjaan lasak yang mereka kerjakan dan pemakanan yang kurang berlemak. Jarang sekali terdapat lelaki Melayu Saribas yang berperut buncit. Kadar kematian akibat penyakit-penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan angin ahmar jarang berlaku di sini. Kaum wanitanya juga mempunyai fizikal yang kuat. Mereka mampu menggalas seguni padi yang berat dengan berjalan kaki sejauh beberapa kilometer dan berbukit. Udara yang segar, jauh daripada asap dan debu kenderaan menyebabkan jangka hayat masyarakat ini agak tinggi.